Mengejar Bintang adalah impian setiap remaja. Kumpulan Sakti tidak dikecualikan dan telah memilih tajuk ini untuk album sulung mereka dengan harapan besar untuk terus berjaya di dalam persada dunia hiburan di Malaysia.
Album ini mengandungi lima buah lagu yang merupakan gabungan melodi dari era retro hingga terkini. Melodi-melodi yang diberi nafas baru dengan lirik yang berpuitis mencerminkan imej kumpulan ini.
Kumpulan SAKTI dilahirkan pada akhir 2001 oleh tiga orang sahabat yang berkongsi minat dalam muzik pop rock semasa menuntut di kolej di Kuala Lumpur. Dari sesi jamming dan persembahan pentas tiga remaja ini, Ash, Boy dan Wan disertai oleh Man.
|